Lampin pakai buang adalah antara barang keperluan bagi ibubapa yang memiliki anak-anak berusia dari 1 hari hingga 4 tahun. Malah ada sebahagian anak masih memakai lampin pakai buang biarpun usianya telah menjangkau 6 tahun.
Tidak di nafikan perbelanjaan untuk memiliki lampin pakai buang yang berkualiti agak membebankan. Purata anak-anak memakai lampin pakai buang adalah antara 5 keping hingga 7 keping sehari. Ini bermakna ibubapa perlu menyediakan lampin pakai buang sebanyak 150 keping hingga 210 keping sebulan. Ia bersamaan RM 100 sebulan atau RM 1200 setahun bagi seorang anak.
Kami cuba untuk meringankan beban ibu bapa dengan memperkenalkan lampin pakai buang yang berkualiti tinggi dengan harga yang sangat berpatutan. Lampin pakai buang yang kami perkenalkan ini adalah dari jenama yang terkenal dan terbukti berkualiti tinggi dibawa dari Korea. Bagi lebih mesra dengan penduduk Malaysia, kami menamakannya sebagai ADEK. Lampin ini telah dihasilkan untuk memenuhi citarasa para ibubapa.
Antara ciri-ciri lampin ini adalah seperti berikut:-
- 100% kapas – lembut dan selesa untuk kulit simanja.
- Tahap serapan yang banyak – agar kulit si manja sentiasa kering.
- Penanda aras kebasahan – cara mudah untuk mengesan kebasahan.
- Pengawal kebocoran atau leak guard.
- Magic tape atau valcro tape – bole dilekat berulang kali.
- Pengudaraan yang sempurna – untuk keselesaan dan mengelak dari ruam lampin.
- Cantik dan ceria.
Kami faham situasi ini kerana kami juga ibu bapa seperti anda. Dengan wujudnya lampin ini dipasaran diharap dapat membantu ibubapa berjimat dalam perbelanjaan bulanan terutamanya keperluan lampin pakai buang.
Walaupun diaper ini murah,kami jamin kualitinya setanding lampin pakai buang dipasaran. Kami juga berharap jenama lampin pakai buang ‘Adek’ ini diterima oleh semua masyarakat dan dapat berdiri sama tinggi dengan lampin lain yang telah lama dipasaran.


1 comments on "Kami ingin berkongsi kebaikan diaper Adek aka Bosomi"
Sape yg nak order Pampers ni boleh watsap 0129507247.. Kawasan Klang.
Post a Comment